Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan Program Malam Media Malaysia – Indonesia 2017 telah diadakan pada 24 Mac 2017 di Auditorium Adhiyana, Wisma Antara. Program ini diadakan dengan kerjasama BERNAMA Malaysia dan ANTARA Indonesia, selain penglibatan syarikat-syarikat Malaysia. Program yang dihoskan oleh TYT Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia dihadiri tetamu utama Yth. Bapak Drs. Rudiantara, Menteri Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia. Program ini dianjurkan bagi menghargai media Indonesia yang telah menyumbang kepada hubungan baik dan akrab kedua-dua negara selama ini. Acara tumpuan pada program ini adalah pemberian anugerah khas media kepada Bapak Moehamad Saiful Hadi Chalid dan tokoh media Indonesia Allahyarham Tarman Azzam. Turut diadakan penyampaian Anugerah Global Leadership Awards kepada YBhg. Datuk Rossa Roslaina Handayani. Tetamu dihiburkan dengan kebudayaan dari Negeri Perak selain menikmati hidangan makanan Malaysia.