Sempena bulan suci Ramadan 1438 Hijrah, Kedutaan Besar Malaysia menganjurkan beberapa aktiviti antaranya solat tarawih, tadarus Al-Quran dan moreh sepanjang bulan Ramadan di Masjid As-Salam. Selain itu, Kedutaan turut menganjurkan dua kuliah Ramadan dan program Qiyamulail pada setiap hari Sabtu.