Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1430 H, diikuti dengan Majlis Penyerahan Korban dan Penyembelihan Haiwan Korban serta gotong-royong memasak makan tengahari. Semua warga negara dan pelajar-pelajar Malaysia yang beragama Islam dan berada di Jakarta dijemput hadir. Aturcara Majlis tersebut adalah seperti berikut:
27 NOVEMBER 2009
BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1430 H
6.45 pagi : Ketibaan Muslimin dan Muslimah
: Takbir Hari Raya Bersama-sama
7.10 pagi : Taklimat Solat Sunat Aidil Adha 1430 H
7.15 pagi : Solat Sunat Aidil Adha Berjamaah
: Khutbah Aidil Adha
7.45 pagi : Persiapan Melaksanakan Ibadah Korban Haiwan
8.00 pagi : Majlis Penyerahan Haiwan Korban oleh Y.Bhg. Kuasa Usaha Sementara
kepada Penerima Sumbangan Haiwan Korban 1430 H
11.42 t/hari : Solat Jumaat
12.30 t/hari : Makan Tengahari
1.00 - 2.00 t/hari : Pengagihan Daging Korban
: Bersurai