Mission News

Upacara Menaikkan Jalur Gemilang 2008

23 December 2009 1 views

 


UPACARA  MENAIKKAN JALUR GEMILANG  SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 51

Duta Besar Malaysia TYT. Dato' Zainal Abidin Zain beserta Datin Robiah Jamalludin akan menjadi hos sempena Upacara Menaikkan Jalur Gemilang dalam menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke 51 pada hari Sabtu, 30hb Ogos 2008 di Pekarangan Bangunan Canseri Kedutaan Besar.

Semua Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Jakarta adalah di jemput untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan tersebut pada jam 8 pagi dengan pakaian untuk lelaki ialah Batik Malaysia dan untuk perempuan memakai Baju Kurung atau Kebaya. Jamuan makan pagi dan pemberian hadiah kepada para pemenang Sukan Hari Kebangsaan yang telah berlangsung sepanjang bulan Ogos 2008 akan diadakan selepas perhimpunan di Dewan Serbaguna Kedutaan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back