Berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi Sinabung sejak 27 Julai 2017, warganegara Malaysia di Sumatera Utara adalah diminta sentiasa memantau perkembangan semasa serta mematuhi arahan oleh pihak berkuasa tempatan. Sila rujuk laman sesawang Pemerintah Daerah Kabupaten Karo untuk situasi semasa gunung berapi Sinabung, dan siaran akhbar Kepala Badan Geologi Republik Indonesia.
Letusan gunung berapi Sinabung telah menyebabkan penyebaran abu vulkanik tebal sekitar lingkungan 7 km dari lokasi gunung berapi, manakala perubahan cuaca juga telah menyebabkan sebahagian abu tersebut dibawa angin sehingga Kota Medan.
Oleh demikian individu mengalami sensitiviti ataupun gejala kesihatan akibat pendedahan secara tidak langsung kepada abu tersebut adalah diminta untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.
Konsulat Jeneral Malaysia
Medan
3 Ogos 2017