Pada Jumaat, 26 Februari 2016, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menerima lawatan daripada pensyarah dan mahasiswa Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia sempena Global Outreach Programme yang dilaksanakan di Kota Medan pada 25 hingga 28 Februari 2016.
Program ini merupakan anjuran Kelab Integriti Siswa dan ia merupakan salah satu tugas dan pembelajaran yang perlu dilaksanakan oleh mahasiswa Politeknik Seberang Perai.