Mission News

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KONSUL JENERAL 2014 BERLANGSUNG HEBAT

16 December 2014 1 views


Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia – Cawangan Medan (PKPMI-CM) dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menganjurkan kejohanan Futsal Piala Konsul Jeneral di Futsal  Village, Medan pada 6-7 Disember 2014. Kejohanan tahun ini telah disertai oleh 14 pasukan bagi kategori lelaki dan 6 pasukan bagi kategori wanita.

 

Pasukan “Hogoh FC” yang membariskan pemain di kalangan siswa-siswa  Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Negeri Sumatera Utara (UIN-SU) dan Universiti Negeri Medan (UNIMED) telah muncul sebagai juara bagi kategori lelaki manakala pasukan “Kak Ton” mengekalkan kejuaraan dalam kategori wanita setelah memenanginya pada tahun 2013. Pemain-pemain Pasukan “Kak Ton” terdiri daripada siswi-siswi Malaysia yang sedang belajar di Universiti Sumatera Utara. Konsulat Jeneral Malaysia turut menghantar pasukan dalam kategori lelaki dan berjaya mara ke peringkat suku akhir. Namun, perjuangan mereka terhenti di situ setelah ditewaskan oleh “Hogoh FC” dengan tendangan penalti apabila kedua-dua pasukan seri setelah masa penuh permainan tamat.

 

 

 

Acara tahunan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh siswa-siswi Malaysia di Medan untuk mereka menonjolkan bakat sukan masing-masing di samping beramah-mesra dengan rakan-rakan dan pegawai serta kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia yang hadir bermain atau memberi sokongan.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back