Mission News

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA PEJABAT TOURISM MALAYSIA KEDAH

03 March 2016 1 views


Pada Rabu, 3 Februari 2016, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menerima kunjungan hormat daripada Kerajaan Negeri Kedah dan Pejabat Tourism Malaysia Kedah sempena Promosi “Discover Kedah 2016” di Kota Medan, Indonesia pada 2 – 4 Februari 2016. Konsul Jeneral telah menyambut ketibaan delegasi yang diketuai oleh YB Dato’ Harun bin Jasin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah Darulaman merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah. Turut bersama sewaktu kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Canseri dan Konsul (Pelancongan).

 

Program ini disertai oleh lebih kurang 30 orang delegasi yang terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, agensi kerajaan, agensi pelancongan, produk pelancongan dan wakil hotel dari negeri Kedah Darulaman. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan “Discover Kedah 2016” di Indonesia khususnya di Kota Medan. Selain itu, program ini adalah bertujuan untuk menerokai pasaran di Medan.

Share:
Link copied to clipboard
Back