Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Ahmad Rozian Abd. Ghani melakukan kunjungan hormat ke atas Walikota Medan, Drs H Harudman Harahap di Pejabat Pemerintah Kota Medan pada 13 September 2012. Walikota Medan mengucapkan selamat datang kepada Konsul Jeneral dan meyakinkan bahawa pihak Pemerintah Kota Medan akan memberi kerjasama yang terbaik bagi memudahkan tugasan Konsul Jeneral di Medan. Beliau menyatakan bahawa Medan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa bandar di Malaysia seperti Georgetown, Pulau Pinang yang merupakan bandar berkembar Medan, serta Ipoh dan Melaka. Kedua-dua Walikota Medan dan Konsul Jeneral bersepakat untuk meneruskan hubungan baik yang ada yang menjurus kepada impak positif kepada, antara lain, ekonomi, keselamatan, sosial, pendidikan serta kebudayaan.
Consul General of Malaysia in Medan, Ahmad Rozian Abd. Ghani called on the Mayor of Medan, Drs H Harudman Harahap at the Mayor’s Office on 13 September 2012. The Mayor welcomed the arrival of the Consul General and gave an assurance that his Office would do its best to facilitate the new Consul General in the execution of his duties in Medan. The Mayor stated that Medan had established close relations with a few cities in Malaysia including its sister city Georgetown, Penang as well as with Ipoh and Malacca. Both the Mayor of Medan and the Malaysian Consul General agreed to further enhance the good relations which would lead to positive impact on, among others, economy, security, social, education and culture.