Tuan Haji Zaid Mat San, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak, Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah mengetuai delegasi JPK dalam kunjungan ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 29 Julai 2014. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menerangkan tentang program SkillsMalaysia Invite 2014 yang akan diadakan di Hotel Grand Angkasa Medan pada 1-2 November 2014 yang bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional di rantau Asia.