Dewan Pengurus Kamar Dagang dan Industri (KADIN) Kota Medan yang diketuai oleh Ketuanya, Bapak Ir. Rudi Zulham Hasibuan telah mengadakan kunjungan ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 16 Julai 2014 bagi memperkenalkan Dewan Pengurus KADIN Kota Medan bagi sesi 2014-2019 yang baru dilantik pada 18 Jun 2014. Selain mempereratkan hubungan kerja yang sedia wujud di antara Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan KADIN Kota Medan, kunjungan ini memberi peluang untuk kedua-dua pihak membincangkan kerjasama yang boleh diusahakan bagi mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-Medan. Kedua-dua pihak turut merancang mengadakan sesi ceramah bagi mewujudkan kesedaran mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 dan persediaan Malaysia dan Indonesia bagi menghadapinya.