YBhg. Dato’ Dr Hj Abd Malek Awang Kechil, Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembanguan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama delegasi telah mengadakan kunjungan ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 23 Julai 2014. Semasa kunjungan ini, Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM telah berkongsi maklumat terkini mengenai Yayasan Pembangunan Anak Yatim Antarabangsa yang berlokasi di Banda Aceh yang merupakan inisiatif YaPEIM dalam membantu dalam permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak yatim di Aceh.