Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di negeri-negeri (JAIN) telah mengadakan lawatan ke Medan dari 29 hingga 30 November 2012 dalam rangka diskusi mengenai isu pernikahan yang melibatkan warganegara Malaysia dan Indonesia yang beragama Islam. Sesi pertukaran maklumat telah diadakan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang diikuti dengan perbincangan dengan Kantor Urusan Agama Medan.