Pada 21 Mac 2014, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sedang dalam rangka lawatan ke Indonesia bertujuan untuk meninjau peluang pengajian di Fakulti Perubatan di beberapa universiti tempatan di sini. Turut sama dalam delegasi berkenaan adalah pegawai kanan Universiti Selangor (UNISEL). Delegasi telah bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan Konsul Jeneral Malaysia di Medan mengenai sistem pendidikan perubatan dan isu-isu berkaitan.