Mission News

LAWATAN KERJA DUTA BESAR MALAYSIA KE MEDAN

18 December 2012 1 views

TYT Amb. Dato’ Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia diiringi isteri beliau dan beberapa pegawai kanan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengadakan lawatan kerja ke Medan dari 10 hingga 13 Disember 2012.

 

Program lawatan Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia termasuklah kunjungan hormat ke atas Pelaksana Tugas Gabenor Sumatera Utara dan pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sumatera Utara dan Wakil Ketua Kepolisian Negara (Wakapolda) Sumatera Utara yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di samping membincangkan isu-isu duahala di antara Malaysia dan Indonesia, amnya dan Malaysia-Sumatera Utara khasnya.

 

Duta Besar Malaysia turut berkesempatan beramah-mesra dengan komuniti perniagaan dan wakil-wakil pelajar Malaysia di majlis makan malam yang diadakan pada 11 Disember 2012.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back