Mission News

LAWATAN KERJA YB MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA KE MEDAN

17 July 2014 1 views

 

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) telah mengetuai satu delegasi dalam lawatan kerja ke Medan pada 9-11 Julai 2014. Selain pegawai-pegawai KeTTHA, delegasi tersebut turut disertai oleh pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Lawatan ini bertujuan untuk melihat fasilitasi pemprosesan air untuk kegunaan harian dan penjanaan kuasa menggunakan bahan-bahan biomass. YB Menteri KeTTHA turut mengadakan perbincangan dengan Bapak Parlindungan Purba, anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD-RI) Sumatera Utara.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back