Mission News

LAWATAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA KE MEDAN

10 March 2014 1 views

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Medan, Sumatera Utara pada 1 Mac 2014. Ini merupakan lawatan ulung beliau ke Medan bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim dengan pihak pemerintah Sumatera Utara, pihak Kamar Dagang dan Industri (KADIN) Sumatera Utara dan Medan di samping mengenalpasti potensi perdagangan dan pelaburan untuk dipelopori dan dipertingkatkan bersama oleh kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia.

 

Setelah bersarapan pagi dengan beberapa ahli komuniti perdagangan Malaysia di Medan, YB Menteri telah mengadakan perbincangan dengan Bapak Ivan Iskandar Batubara, Ketua KADIN Sumatera Utara dan Bapak Rudi Zulham, Ketua KADIN Medan. Beliau juga bertemu dan bertukar-tukar pendapat dengan Bapak Parlindungan Purba, ahli Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia berasal dari Sumatera Utara. YB Menteri juga berkesempatan untuk makan tengahari dengan Bapak Tengku Erry Nuradi, Timbalan Gabenor Sumatera Utara.

 

Pada sebelah malamnya, YB Menteri telah menghoskan makan malam untuk pelajar-pelajar Malaysia di Medan dan melancarkan penubuhan Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di Indonesia. Makan malam ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back