Pada Isnin, 22 Februari 2016, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menerima lawatan dari Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana Malaysia. Delegasi seramai 22 orang ini terdiri daripada pegawai dan guru dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana.
Tujuan dan matlamat utama delegasi ke Medan adalah untuk melakukan Penanda Aras ke Sekolah Pendidikan Khas Medan pada 21 hingga 22 Februari 2016 dan melakukan kunjungan ke KJM Medan untuk melihat dan mengetahui lebih dekat tugas dan fungsi KJM Medan.