Mission News

LAWATAN PERSATUAN BEKAS POLIS NEGERI PERAK KE MEDAN

28 February 2013 1 views

 

 

Pada 26 Februari 2013, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia telah menerima kunjungan daripada Persatuan Bekas Polis Negeri Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Mohd Khalim Hashim. Lawatan selama 3 hari bermula dari 26 hingga 28 Februari ini adalah dalam rangka program menghargai jasa bekas polis yang telah menyumbang bakti kepada negara. Beberapa ahli rombongan yang telah berkhidmat semasa zaman darurat telah berkongsi pengalaman masing-masing yang boleh dijadikan iktibar kepada generasi sekarang dan yang akan datang dalam mengekalkan keamanan negara dan serantau. Rombongan telah turut dijamu dengan minum pagi yang disediakan oleh Pejabat Perhubungan Polis Diraja Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back