Mission News

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM PANTI ASUHAN ADE IRMA SURYANI

19 June 2017 1 views

Jumaat, 16 Jun 2017, Kelab Sukan, Kebajikan, Rekreasi dan Sosial (KSKR&S) Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim daripada Panti Asuhan Ade Irma Suryani.

 

Majlis telah dimulai dengan ceramah agama, majlis berbuka puasa, solat maghrib, solat isya’ dan terawih bersama-sama dengan 25 orang anak-anak yatim yang telah hadir. Penganjuran program ini diharap menceriakan insan-insan kecil yang diraikan sempena bulan Ramadhan yang penuh bermakna. 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back