Khamis, 16 Mac 2017, KPJ Penang Specialist Hospital telah mengadakan program Perasmian Pejabat Perwakilan Utama KPJ Penang Specialist Hospital, Cawangan Medan di Indonesia yang bertempat di Grand Palladium Mall, Medan.
Pejabat Perwakilan Utama KPJ Penang telah dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan dan didampingi oleh Assoc. Prof. (C). Dr. Hj. Abdul Aziz Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Specialist Hospital serta Dr. Marah Halim, Direktur PT Opal Putra Wisata.