Pelaksana Tugas Gabenor Sumatera Utara, Ir. H. Erry Nuradi telah menerima kunjungan hormat Encik Amizal Fadzli Bin Rajali bagi menerima surat pelantikan beliau sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Republik Indonesia pada Rabu, 23 Oktober 2015, bersamaan 15 Muharram 1437 Hijrah.
Semasa acara tersebut, Pelaksana Tugas Gabenor dan Konsul Jeneral Malaysia telah meluangkan masa untuk membincangkan kerjasama sedia ada yang ingin diperkukuh serta usahasama baru diperkembangkan lagi untuk manfaat bersama. Di antara inisiatif baru yang dilihat berpotensi adalah program pertukaran pegawai perkhidmatan awam dan kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Sebagai mengakhiri acara tersebut, Pelaksana Tugas Gabenor Seumatera Utara dan Konsul Jeneral Malaysia di Medan juga telah bertukar-tukar cenderahati dan bersama-sama memperbaharui iltizam untuk meneruskan hubungan kerjasama baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak.