YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu telah mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Medan pada 1-2 Februari 2015 bertujuan untuk mengadakan perbincangan mengenai jalinan kerjasama pendidikan, pelancongan dan perdagangan yang boleh dibentuk di antara Negeri Terengganu dan Provinsi Sumatera Utara.
Semasa di Medan, YAB Menteri Besar telah mengadakan pertemuan dengan Rektor Universitas Sumatera Utara (USU) dan telah turut dijamu di dalam majlis makan malam oleh Ketua Umum Ikatan Alumni USU, Bapak Ir. Haji Tengku Erry Nuradi yang juga merupakan Timbalan Gabenor Sumatera.
Pertemuan dan perbincangan yang diatur pastinya akan membuahkan hasil yang diharapkan dan akan mendekatkan lagi Terengganu dengan Sumatera Utara yang masing-masing mempunya potensi yang besar dalam pelbagai sektor.