Dalam rangka lawatan kerja beliau ke Banda Aceh pada 3-5 September 2014, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempat mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia dalam satu majlis makan malam di Hotel Hermes Palace, Banda Aceh pada 4 September 2014. Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsul Muda, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang mengiringi beliau dan isteri sepanjang lawatan kerja ini. Majlis makan malam ini telah memberi peluang kepada YB Menteri untuk beramah-mesra dan mengenali dengan lebih rapat pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Islam Negeri Ar-raniry Banda Aceh sambil menyampaikan nasihat-nasihat berguna kepada mereka.