Mesyuarat ke-20 Peringkat Menteri Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT) telah diadakan di Banda Aceh, Indonesia pada 14 September 2014. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Bapak Chairul Tanjung, Menteri Koordinator Perekonomian Republik Indonesia. Delegasi Malaysia diketuai oleh YB Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat tahunan ini bertujuan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan program dan projek di bawah kerjasama IMT-GT di samping membincangkan isu dan dan cabaran yang dihadapi dalam membangunkan ketiga-tiga wilayah yang bergabung di bawah kerjasama ini.
Semasa di Banda Aceh, delegasi turut dibawa melawat ke Muzium Tsunami Banda Aceh dan Kapal Apung PLTD 1 bagi mengimbau peristiwa tsunami yang berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu iaitu pada Disember 2004.