Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Bakar, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia telah melakukan lawatan ke Aceh dan Medan dalam rangka Misi Promosi Malaysia 2019 pada 23 – 25 Oktober 2019.
Dikesempatan itu beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yth. Bpk. Ir. Nova Iriansyah, Plt. Gubenur Aceh pada 23 Oktober 2019.

TYT Datuk Zainal Abidin Bakar mengadakan kunjungan hormat ke atas Yth. Bpk. Ir. Nova Iriansyah, Plt. Gubenur Aceh
Seterusnya TYT Datuk Zainal Abidin Bakar mengadakan kunjungan hormat ke atas Yth. Bpk. Edy Rahmayadi, Gubenur Sumatera Utara pada 24 Oktober 2019.

TYT Datuk Zainal Abidin Bakar mengadakan kunjungan hormat ke atas Yth. Bpk. Edy Rahmayadi, Gubenur Sumatera Utara
Sepanjang berada di Medan, TYT Datuk Zainal telah merasmikan Misi Promosi Malaysia 2019 yang pertama kalinya dianjurkan di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan. Misi Promosi ini disertai oleh Education Malaysia, Tourism Malaysia, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan agensi-agensi lain seperti MITI, JAKIM dan Imigresen. Turut menyertai program ini adalah Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan Malaysia.


Perasmian Misi Promosi Malaysia 2019 oleh TYT Datuk Zainal Abidin Bakar
disaksikan oleh Yth. Bpk. Arief S. Trinugroho, Kepala Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Perizinan Terpadu Satu Pintu yang mewakili Gubenur Sumatera Utara