Mission News

PELAJAR-PELAJAR SMP NEGERI 1 MEDAN BERKUNJUNG KE KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI MEDAN

24 October 2014 1 views

 

Seramai 40 orang pelajar yang merupakan ahli English Club Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 1 Medan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 21 Oktober 2014. Konsul Jeneral Malaysia di Medan telah memberikan taklimat mengenai Malaysia secara am, sejarah dan budayanya serta tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri. Maklumat mengenai sistem pendidikan Malaysia turut disampaikan kepada pelajar-pelajar yang hadir. Kebanyakan pelajar tertarik dengan keindahan Malaysia dan menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenainya.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back