Mission News

Program Donor Darah pada 19 Mac 2011

28 March 2011 1 views

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Medan telah menjayakan program Bakti Sosial Donor Darah pada hari Sabtu, 19 Mac 2011 bertempat di bangunan konsulat.  Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Koordinasi Kesejahteran Rakyat Indonesia Bapak Agong Laksono dengan dihadiri oleh Bapak Parlindungan Purba, anggota Dewan Perwakilan Rakyat; Ketua Pengarah Kesihatan Sumatera Utara (SUMUT), Dr. Chandra Syafie yang mewakili Timbalan Gabenor SUMUT dan Dr. Edwin Effendi, Ketua Pengarah Kesihatan Kota Medan yang mewakili Datuk Bandar.  Program ini telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Palang Merah Indonesia (PMI) dan Persatuan Pendonor Darah Indonesia.  Sebuah Jawatankuasa Pelaksanaan telah ditubuhkan di konsulat di bawah Pegawai Perhubungan Tentera Udara, Mejar Rohimi Aziz, untuk mengendalikan program ini.

 

2.         Penderma-penderma donor darah ini terdiri dari warga konsulat dan keluarga masing-masing, Persatuan Buddha Medan, staf-staf dari beberapa hotel-hotel dan rumah sakit serta pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Medan.  Seramai 150 orang telah mendaftar untuk menderma.  Selain dari donor darah, diadakan juga pemeriksaan gigi dan gula darah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia.

 

3.         Program donor darah ini merupakan satu program bakti sosial Konsulat Jeneral Malaysia, Medan memandangkan pihak berkuasa kesihatan tempatan telah mengumumkan bahawa mereka sedang mengalami kekurangan darah untuk keperluan mereka.  Sokongan-sokongan yang diterima dari agensi-agensi kerajaan dan masyarakat sekeliling amat menggalakkan samada dari aspek menghantar star-staf mereka untuk menderma darah ataupun memberi sumbangan dalam bentuk makanan ringan dan minuman untuk penderma-penderma darah.  Program ini juga mendapat liputan yang luas di beberapa akhbar tempatan seperti Tribun Medan, Waspada, Analisa, Harian Global serta media-media on-line seperti Antara, Bisnis Sumatera.com dan Berita Daerah.com.  Program ini dapat memberikan gambaran positif tentang kehadiran Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang mewakili Kerajaan Malaysia supaya tidak hanya berita-berita negatif yang disiarkan.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back