Mission News

PROGRAM PROMOSI SKILLSMALAYSIA INVITE 2014 DI MEDAN

14 November 2014 1 views

 

Sebanyak 12 organisasi/institusi dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam program Promosi SkillsMalaysia Invite 2014 yang diadakan di Hotel Grand Angkasa Medan pada 1-2 November 2014. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional di rantau Asia.

 

Promosi dua hari ini dibuka secara percuma kepada warga tempatan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan kolej bagi memberi maklumat kepada mereka tentang kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi di Malaysia dalam bidang perhotelan dan katering; pembinaan bangunan; pengangkutan maritim; penghiasan diri dan lain-lain lagi. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi penyediaan makanan dan hidangan dan cara-cara menghias diri oleh pakar-pakar dalam bidang ini yang mewakili institusi masing-masing.

 

 

 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat dan pelajar-pelajar tempatan. Sebelum program bermula, Tuan Haji Zaid Mat San, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak yang mewakili Kementerian Sumber Manusia Malaysia bersama-sama Konsul Jeneral Malaysia di Medan telah mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan tentang program ini.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back