Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1435 Hijrah/2014 Masihi, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bekerjasama dengan Kelab Sukan Kebajikan Rekreasi dan Sosial, PERWAKILAN Medan, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia – Cawangan Medan serta beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di Sumatera telah menganjurkan majlis sambutan dan korban pada 5 Oktober 2014 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia. Solat sunat Aidil Adha dan majlis korban ini disertai oleh warga Konsulat Jeneral berserta ahli keluarga masing-masing serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia di Medan.
Sesudah solat sunat Aidil Adha, undangan sama-sama menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan. Majlis korban yang menyusul telah dilaksanakan dengan lancar dan diikuti dengan makan tengahari di mana penyediaan makan dibuat secara gotong-royong. Majlis diakhiri dengan penyerahan daging korban.