Mission News

YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MELAWAT MEDAN

19 October 2012 1 views

 

 

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) telah melakukan lawatan kerja ke Medan dari 22 hingga 23 September 2012 bersempena program Info Franchise & Business Concept Expo (IFBC) 2012 di Garuda Plaza Convention Hall, Medan. IFCB 2012 ini bertujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat francais, jualan langsung dan koperasi Malaysia. Sesi Forum Perniagaan turut diadakan pada 22 September 2012 yang melibatkan KPDNKK, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Malaysia Franchise Association, Kamar Dagang dan Industri (KADIN) Sumatera Utara, Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Indonesia (HIPMI) Sumatera Utara dan ASEAN Retail-Chain & Franchise Federation.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back