Resepsi Aidilfitri telah diadakan pada 2 September 2011 di Kediaman Rasmi Konsul Malaysia. Seramai 150 orang tetamu telah menghadiri resepsi ini termasuklah Drs. Cornelis, MH, Gabenor Kalimantan Barat dan isteri, ahli Forum Komunikasi Pimpinan Derah Kalimantan Barat, Rektor Universitas Tanjungpura, Kepala-kepala Dinas (setaraf Ahli Exco Kerajaan Negeri), Sekretaris Daerah Kota Pontianak, pegawai-pegawai pemerintah, rakyat Malaysia yang menetap di Kalimantan Barat, pegawai dan kakitangan Malawakil beserta isteri, ahli perniagaan dan media.
Hidangan masakan Malaysia telah disediakan termasuklah satay ayam, rendang daging, nasi impit, kuah kacang, mee kari, mee hoon goreng, karipap, kek lapis, kuih/biskut raya, salad buah-buahan, koktail oren, keropok dan teh tarik.
Para tetamu merakamkan penghargaan kepada Konsul Malaysia dan kakitangan Malawakil kerana acara seumpama ini sudah lama tidak diadakan. Malawakil percaya kehadiran para undangan terutamanya Gabenor dan ahli Forum Komunikasi Pimpinan Daerah memberi gambaran jelas akan hubungan yang bertambah baik antara pemerintah tempatan dan Konsulat Malaysia, serta kesedaran pemerintah dan masyarakat umum akan peranan penting Konsulat Malaysia di Pontianak.