Konsul Malaysia di Pontianak telah membuat kunjungan hormat ke atas Bpk. Sutarmidji, Gubernur Kalimantan Barat di pejabat beliau pada 21 Februari 2019. Gubernur Kalimantan Barat yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Midji dan Konsul Malaysia telah membincangkan pelbagai isu-isu kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Indonesia khususnya bagi Provinsi Kalimantan Barat.
Antara isu yang dibincangkan termasuk keberkesanan Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi Malaysia-Indonesia (JK Sosek Malindo) di peringkat Sarawak-Kalimantan Barat; pembinaan pasar di pos-pos lintas batas negara di Aruk, Entikong dan Badau; pemekaran Pronvinsi Kalimantan Barat serta potensi pelaburan dari Malaysia di Provinsi tersebut.
Konsulat Malaysia ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Pak Midji di atas pelantikan beliau sebagai Gubernur Kalimantan Barat yang baru. Semoga Kalimantan Barat akan terus pesat membangunan, aman damai dan makmur.