Mission News

Kunjungan oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching

04 March 2016 1 views

Pada 20 Februari 2016, En. Mohiuddin Ghazali, Konsul Malaysia di Pontianak telah bertemu dengan Encik Jahar Gultom, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching di Restoran Putri Raya, Kubu Raya.

 

Beliau bersama-sama wakil daripada Sarawak Entrepreneur Association, SM Inland Port dan Esteem Victory Sdn Bhd mengadakan lawatan ke kota Pontianak untuk mengadakan 'business-matching' dengan komuniti sektor swasta serta menyambut Cap Goh Mei yang tiap-tiap tahun diadakan secara besar-besaran di kota Singkawang. 

 

Semasa pertemuan tersebut, Encik Santyoso Tio, Ketua Umum, Kamar Dagang dan Industri Kalimantan turut dihadir.

 

 

Konsul Malaysia (duduk tengah) bergambar bersama Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Sarawak (duduk dua dari kiri) bersama-sama hadirin pertemuan yang lain

Share:
Link copied to clipboard
Back