Mission News

Lawatan Penghulu-Penghulu Negeri Pahang ke Pontianak, 19-22 Mac 2016

08 March 2016 1 views

 Pada 21 Mac 2016, delegasi daripada seramai lebih kurang 60 orang Penghulu-Penghulu dari seluruh negeri Pahang telah mengadakan lawatan ke Pontianak. Lawatan tersebut adalah merupakan Program Kembara Minda dan Jelajah Nusantara Penghulu-Penghulu Negeri Pahang ke Sarawak dan Kalimantan anjuran bersama oleh Kerajaan Negeri Pahang bersama-sama Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

 

Dalam satu majlis makan tengahari yang diadakan pada 21 Mac 2016, satu program beramah mesra dengan 5 Ketua Kecamatan (Penghulu) Pontianak dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelancongan Pontianak turut hadir bersama-sama Konsul Malaysia.

 

Majlis tersebut sedikit sebanyak telah membantu ke arah merapatkan lagi hubungan di pelbagai lapisan masyarakat di antara Malaysia dan Indonesia

 

Share:
Link copied to clipboard
Back