Mission News

PERMOHONAN UNDI POS PRU DUN KE-15

15 June 2023 1 views

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan mengenai tatacara dan tarikh-tarikh penting berhubung permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU DUN Ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini mengambil kira tempoh hayat DUN bagi keenam-enam Negeri tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRU DUN Ke-15 AKAN MULA DIBUKA PADA 15 JUN 2023 (KHAMIS).

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
- Tinggal di luar negara.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, SPR menggalakkan pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos untuk mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pru-dun-ke-15.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080 (8.30 pagi – 11.30 malam waktu Malaysia) / upup@spr.gov.my.

 

Konsulat Malaysia di Pontianak

Share:
Link copied to clipboard
Back