Mission News

Program Mycorps di Desa Semerantau

23 July 2019 1 views

Konsulat Malaysia di Pontianak telah merasmikan acara Mycorps di Desa Semerantau, Kabupaten Kapuas Hulu, Kalimantan Barat pada 6 Julai 2019. Turut hadir merasmikan acara tersebut adalah Bapak A.M. Nasir, Bupati Kapuas Hulu dan Encik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.

Program Mycorps tersebut melibatkan seramai enam orang anak muda sukarelawan dari Malaysia yang telah berada di Desa Semerantau selama 6 minggu bagi membina pelbagai kemudahan dan fasiliti serta mengajar antaranya Bahasa Inggeris kepada penduduk desa tersebut. Antara projek-projek yang berjaya dilaksanakan termasuk pengwujudan sebuah kebun komuniti secara integrasi yang menggabungkan pelbagai jenis tanaman dan ternakan untuk memberi nutrisi seimbang kepada tanah. Disamping itu, turut dilaksanakan pembaikan taman permainan, tandas dan tangki air Pejabat Ketua Desa, pembinaan ‘water garden’ dan gelanggang takraw serta bola tampar.

Program Mycorps ini telah berjaya dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mempromosikan imej negara yang positif kepada penduduk desa Semerantau dan pemimpin-pemimpin Kabupaten Kapuas Hulu yang merupakan antara daerah yang berkongsi perbatasan dengan Malaysia. 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back