Mission News

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

28 September 2011 1 views

Resepsi sambutan Hari Kemerdekaan ini telah diadakan pada 21 September 2011 di Grand Mahkota Hotel, Pontianak.

 

Seramai 250 orang tetamu telah menghadiri resepsi ini termasuklah ahli Forum Komunikasi Pimpinan Derah Kalimantan Barat, Kepala-kepala Dinas, Timbalan Dato’ Bandar Pontianak, Rektor Universitas Tanjungpura, Sekretaris Daerah Kota Pontianak, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai tentera, pegawai polis, rakyat Malaysia yang menetap di Kalimantan Barat, pegawai dan kakitangan Malawakil beserta isteri, ahli perniagaan dan media.

 

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Indonesia Raya, Jalur Gemilang dan KeranaMu Malaysia. Selepas bacaan doa, program diteruskan dengan ucapan Konsul Malaysia di Pontianak, En. Khairul Nazran Abd Rahman diikuti ucapan Gabenor Kalimantan Barat yang disampaikan oleh Bapak Kartius, MH, Timbalan Sekretaris Daerah Kalimantan Barat. Semasa majlis makan malam, para undangan dihiburkan dengan tarian 3 etnik dan tarian tradisional Kalimantan Barat oleh kumpulan tarian yang didatangkan dari Kota Singkawang dan Kabupaten Melawi.

 

Undangan juga berkesempatan mendengar briefing oleh MASwings yang disampaikan oleh En. Zainuddin Mohamed, Pengurus MASwings Kawasan Sarawak. Briefing berkisar kepada perancangan MASwings untuk melancarkan penerbangan sektor Kuching-Pontianak sebelum hujung tahun ini.

 

Resepsi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ini telah memberi peluang kepada Malawakil untuk mempererat hubungan dan menyampaikan perkembangan terkini di Malaysia kepada pemerintah dan rakyat Malaysia di Kalimantan Barat dengan berkesan dan tepat.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back