UCAPAN DARI KONSUL MALAYSIA,PONTIANAK SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-54
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Yth. Bapak Drs. Christiandy Sanjaya, Wakil Gubernur Kalimantan Barat Dan Isteri, Ahli Forum Komunikasi Pimpinan Daerah Dan Isteri, Bupati, Walikota, Wakil Walikota Dan Isteri, Rakyat Malaysia Yang Hadir, Kepala-Kepala Dinas, Kepala Kepala Biro, Ahli Sajadah Fajar, Karyawan Untan, Kumpulan Sahabat Malaysia, Media, Hadirin Dan Hadirat Yang Saya Muliakan.
Assalamualaikum W.R.B. Dan Salam Sejahtera
Pertamanya, Segala Ucapan Tahmid Dipanjatkan Ke Hadrat Allah Swt, Kerana Dengan Izin Dan Limpah Kurnianya Maka Dapat Kita Sekali Lagi Bertemu Pada Malam Yang Bersejarah Ini Bagi Memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 54.
Pada Tahun Ini, Ditakdirkan Sesuatu Yang Unik, Sebagai Rakyat Malaysia, Kita Bertuah Dapat Menyambut Gema Aidilfitri Berselang Sehari Dengan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang Ke 54. Bulan Ogos Merupakan Bulan Keramat Kerana Pada Bulan Ini Malaysia Dan Republik Indonesia Menjadi Negara Merdeka.
Sebagai Bangsa Yang Merdeka Marilah Kita Terus Mempertingkatkan Kerjasama, Marilah Kita Terus Mempertingkat Persefahaman Yang Telah Lama Terjalin Dan Terus Bekerjasama Untuk Kebaikan Bersama.
Kita Telah Membuktikan Kepada Dunia Bahawa Hubungan Dua Hala Antara Malaysia Dan Indonesia Terus Terjalin Erat Atas Dasar Saling Menghormati Dan Dibina Dengan Semangat Kejiranan Yang Kukuh. Wujudnya Isu-Isu Yang Membezakan Pendapat Kita Tidak Mungkin Menggugat Hubungan Rapat Ini Kerana Kita Adalah Serumpun.
Hadirin Yang Terhormat
Malaysia, Hasil Pengurusan Yang Berhemah Serta Cekap, Masih Mampu, Bukan Sahaja Untuk Mengembangkan Ekonomi Dan Mencipta Peluang Pekerjaan Baru Tetapi Juga Pancang-Pancang Telah Dipasak Oleh Kerajaan Bagi Memastikan Penciptaan Kekayaan Baru, Pertumbuhan Ekonomi Berterusan Dan Penciptaan Pekerjaan Berganjaran Tinggi Selaras Dengan Kemahiran Yang Semakin Meningkat. Ini Selari Dengan Aspirasi Model Ekonomi Baru Yang Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia Dalam Usaha Mencapai Taraf Negara Berpendapatan Tinggi. Dan, Insyaalah, Menjadi Negara Maju Pada Tahun 2020.
Rakan Senegara, Kita Rakyat Malaysia, Walaupun Berada Di Luar Negara Mestilah Sentiasa Peka Dan Mengikuti Perkembangan Di Tanahair. Kita Hendaklah Menjunjung Konsep‘ Malaysia Tanahairku Tercinta Dan Republik Indonesia Teman Setia’. Bak Kata Pepatah, Dimana Bumi Dipijak Disitulah Langit Dijunjung.
Kita Mesti Sedar Bahawa, Matlamat Tertinggi Kerajaan Adalah Untuk Mendahulukan Kebajikan Seluruh Rakyat. Ianya Keutamaan Yang Menjadi Wawasan Nasional Sejak Kita Mencapai Kemerdekaan. Dari Itu, Sebagai Kerajaan Yang Merasai Denyut Nadi Rakyat Lagi Prihatin Terhadap Resah Gelisah Warganya, Kerajaan Sentiasa Pro Aktif Menangani Unsur Yang Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara. Yang Terkini, Fenomena Peningkatan Kos Sara Hidup. Walaupun Ia Bersifat Global, Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan Dan Harga Barang Telah Ditubuhkan Dengan Dipengerusikan Sendiri Oleh Yab Timbalan Perdana Menteri.
Baru-Baru Ini, Yab Perdana Menteri Telah Mengumumkan Beberapa Inisiatif. Pertama, Kedai Rakyat 1malaysia ; Di Sini, Barang-Barang Keperluan Berjenama 1malaysia Boleh Dibeli Dengan Harga Yang Lebih Rendah Dari Harga Pasaran. Kedua, Klinik-Klinik 1malaysia; Di Sini Rawatan Asas Diberi Dengan Bayaran Hanya Satu Ringgit Sahaja. Dan Yang Terbaru; Kar1sma, Singkatan Daripada ‘Kebajikan Rakyat 1malaysia’. Dalam Program Ini, Sejumlah Rm 1.4 Bilion Diperuntukan Kepada 500,000 Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal Serta Balu Polis Atau Tentera Yang Berkelayakan. Ini Hanyalah Sebahagian Dari Inisiatif Yang Telah Diambil Sesuai Dengan Intipati Tema Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2011 Iaitu 1 Malaysia-Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Seperti Yang Kita Maklum, 1 Malaysia Merupakan Program Berterusan Yang Digarap Oleh Kerajaan Bermula 16 September 2010 Yang Memberi Penekanan Kepada 3 Agenda Utama – Perpaduan Nasional, Keharmonian Etnik Dan Efficient Governance.
Insyaallah, Melalui Bajet 2012 Yang Akan Dibentangkan Pada Awal Oktober Nanti, Kerajaan Akan Mengumumkan Pula Langkah-Langkah Susulan Bersifat Lebih Komprehensif Bagi Menangani Masalah Yang Memberi Kesan Kepada Isi Keluarga Yang Berpendapatan Rendah Dan Pertengahan.
Untuk Warga Kalbar Dan Sarawak, Kita Yakin Bahawa, Banyak Peluang Yang Boleh Dimanfaatkan Demi Kesejahteraan Bersama. Kami Berharap Kalimantan Akan Terus Membuka Pintu Dengan Lebih Luas Untuk Pengusaha-Pengusaha Dari Malaysia Menanamkan Modalnya Di Sini.
Hadirin Yang Saya Muliakan.
Dalam Syiar Meriahnya Perayaan Dan Besarnya Jiwa Kemerdekaan, Saya Menyeru Kepada Semua Rakyat Malaysia Agar Tidak Sekali-Kali Melupakan Pengorbanan, Darah, Keringat Dan Air Mata Para Pejuang Kemerdekaan Negara. Beringatlah, Yakni Semuanya Tidak Terjelma Dengan Senang Dan Kekal Lestari Jika Bahtera Keramat Kemerdekaan Malaysia Tercinta Ini Terbiar Hanyut Tidak Dikemudi Dengan Tulus. Oleh Yang Demikian, Kita Harus Sedar Dan Menghormati Pengorbanan Pejuang-Pejuang Kita. Mudah-Mudahan, Atas Keinsafan Ini Makin Tersepuh Dan Menebal Semangat Kenegaraan Dan Kecintaan Yang Kukuh Kepada Pertiwi Di Setiap Sanubari Kita.
Dalam Konteks Era Merdeka Ini Juga, Kita Mengecam Sekeras-Kerasnya Segala Usaha Dan Tindakan Negatif Untuk Mencacat Cela Nama Baik Dan Imej Konsulat Malaysia Terutamanya Dalam Konteks Hubungan Baik Konsulat Malaysia Dengan Pemerintah Tempatan Dan Masyarakat Umum Di Kalimantan, Khususnya Kalbar.
Di Kesempatan Ini Juga Saya Bagi Pihak Kerajaan Malaysia Ingin Merakamkan Penghargaan Kepada Bapak Gubernur Dan Seluruh Jajarannya, Bapak Walikota Dan Pemda Yang Telah Memberi Bantuan Dan Kerjasama Kepada Konsulat Malaysia Dan Seluruh Warganegara Malaysia Di Kalimantan Terutamanya Kalbar. Saya Juga Mengucapkan Setinggi Penghargaan Kepada Pihak Tni Dan Polda Kalbar Yang Sering Memberikan Bantuan Dan Perlindungan Keamanan Kepada Warganegara Malaysia Dan Kepentingan-Kepentingan Malaysia Di Sini. Juga Kepada Pihak-Pihak Lainnya Yang Tidak Dapat Saya Sebutkan Satu Persatu.
Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada Semua Ahli Keluarga Besar Konsulat Malaysia Di Pontianak Dan Grand Mahkota Hotel Yang Telah Bekerja Keras Untuk Menjayakan Majlis Ini, Dan Juga Kepada Masyarakat Umum Yang Sentiasa Melihat Yang Positif. Penghargaan Juga Kepada Hotel Mercure Yang Telah Membenarkan Konsulat Malaysia Beroperasi Di Pontianak Dengan Aman Dan Tenteram.
Saya Akhiri Ucapan Saya Pada Kali Ini Dengan Beberapa Rangkap Pantun;
Sekapur Sirih Seikat Pinang
Sehelai Kain, Selembar Benang
Kedatangan Tuan Kami Terima Dengan Senang
Terimalah Jabat Tanda Kasih Dan Sayang
Ikan Belida Banyak Tulangnya
Dimasak Dulu Sebelum Di Makan
Penyambutan Kami Banyak Kurangnya
Salah Dan Silap Mohon Dimaafkan
Anak Cicak Berkaki Lima
Mati Ditimpa Punggur Berdaun
Salah Dan Silap Mohon Diterima
Semoga Pertemuan Ini Jadi Kenangan 1000 Tahun
Sekian, Wahbilahi Taufik Wal-Hidayat
Wassalam W.B.T.