Warga Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyertai World #QuranHour 2018, iaitu satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. World #QuranHour 2018 telah diadakan pada 7 Julai 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1429H pada pukul 11.00 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) di mana para peserta meluangkan masa membaca al-Quran selama satu jam. Untuk tahun 2018, Surah Al-Hujurat dipilih untuk dibaca.
Acara ini merupakan julung kalinya penyertaan Konsulat Malaysia di Pontianak. Bagi memberikan sokongan yang sepenuhnya, Konsulat Malaysia akan menyertai World #QuranHour untuk tahun-tahun yang akan datang demi membantu memartabatkan dan menggalakkan pembacaan al-Quran di kalangan umat Islam. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah S.W.T.