Sebagaimana tahun 2011, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai telah menghantar satu pasukan bagi memasuki pertandingan “4th International 6's Soccer Tournament” yang telah berlangsung pada 2-3 November 2012 di Bombay Gymkhana. Pasukan “Harimau Malaya” dibarisi oleh pemain yang terdiri dari HBS dan rakyat Malaysia yang bertugas dengan syarikat-syarikat Malaysia di Mumbai.