Konsul General Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah mengadakan majlis berbuka puasa dan terawih di Kediaman Rasmi beliau di Pali Hill, Mumbai pada hari Sabtu 6 Septmber 2008. Seramai 50 orang daripada 15 keluarga Malaysia beragama Islam di Mumbai hadir dan dijamu dengan pelbagai kuih-muih serta makan malam.
Sembahyang terawih berjemaah juga diadakan selepas waktu Isyak yang diimamkan oleh Konsul Imigeresen, Tuan Haji Abd. Rahim.


