Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012 telah berlangsung dengan meriah pada hari raya pertama 20 Ogos 2012 di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai. Majlis didahului dengan solat sunat Aidil Fitri dan seterusnya menikmati juadah hari raya yang disediakan. Majlis turut dihadiri oleh rakyat Malaysia termasuk pelajar yang turut mengambil kesempatan untuk bersama-sama beramah mesra sesama mereka.