Mission News

Pengundi Tidak Hadir (PTH)

14 November 2016 1 views

Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.

 

Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:

 

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

 

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

 

a) datang sendiri ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Mumbai;

b) dapatkan borang pendaftaran dari pegawai konsular konsulat yang dilantik oleh SPR dan isikan borang dengan selengkapnya;

c) kepilkan MyKad dan surat/sijil pengesahan dari Universiti (bagi pelajar sepenuh masa sahaja) sebagai bukti pembelajaran bersama dengan borang pendaftaran;

d) semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;

e) turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan

f) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. -

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Share:
Link copied to clipboard
Back