Pada 26 November 2013, satu majlis Rumah Terbuka Diwali yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Royal College of Surgeons Ireland (PMCSA) dan Kedutaan Besar Malaysia telah diadakan bertempat di Malaysia Hall Dublin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar. Selain daripada jamuan, majlis telah dimeriahkan dengan acara seperti persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen dan juga cabutan bertuah. Semua acara tersebut telah dijayakan oleh pelajar-pelajar Malaysia dan juga rakan-rakan mereka daripada pelbagai negara
in pictures....