Mission News

HARI KELUARGA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI DUBLIN, IRELAND

06 December 2011 1 views

Pada 3 Disember 2011, Kedutaan Besar Malaysia telah menganjurkan Hari Keluarga Bersama Rakyat Malaysia di Dublin, Ireland. Acara yang buat pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari lebih kurang 200 rakyat Malaysia dari sekitar Dublin. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia di Dublin bersama pihak Kedutaan Besar di samping beriadah bersama keluarga.

 

Antara acara-acara menarik yang telah diadakan pada hari tersebut adalah permainan ping pong, badminton, sepak raga bulatan, bola keranjang dan futsal. Manakala bagi kategori kanak-kanak pula, mereka telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, karaoke dan tarian.

 

TYT Dato’ Ramli Naam, Duta Besar Malaysia ke Ireland dalam amanat beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia di Ireland sentiasa bersatu padu, bermuafakat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. TYT Duta Besar turut mengingatkan agar semua warga Malaysia sentiasa menjaga tatasusila sepanjang berada di perantauan dan perkara utama yang perlu disematkan di dalam diri masing-masing ialah menjaga nama baik tanahair tercinta, Malaysia.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Dublin berharap agar aktiviti hari keluarga ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

in pictures.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back