Hari Keluarga Bersama Rakyat Malaysia di Ireland pada kali ini telah diadakan pada 3 November 2012 di University College Dublin. Lebih kurang 250 orang rakyat Malaysia telah hadir untuk menjayakan program ini. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia di Ireland dengan pihak Kedutaan Besar di samping beriadah bersama keluarga melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Antara acara-acara menarik yang telah diadakan pada hari tersebut adalah permainan ping pong, badminton, bola jaring dan bola tampar. Manakala bagi kategori kanak-kanak pula, mereka telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, permainan ‘bouncy castle’ dan pertunjukan oleh penghibur kanak-kanak profesional.
TYT Dato’ Ramli Naam, Duta Besar Malaysia ke Ireland dalam amanat beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia di Ireland sentiasa bersatu padu, bermuafakat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. TYT Duta Besar turut mengingatkan agar semua warga Malaysia agar sentiasa menjaga tatasusila dan menjaga nama baik tanahair tercinta, Malaysia sebagai perantau di Ireland.
in pictures.....