PYT Ambassador Siti Hajjar Adnin telah merasmikan Majlis Pembukaan dan Majlis Penutup Ireland Malaysia Games 2017 anjuran Kelab UMNO Dublin. Acara tahunan tersebut menyaksikan penyertaan 300 rakyat Malaysia termasuk para pelajar di Ireland and UK serta komuniti diaspora Malaysia di Ireland. Sebanyak 6 acara telah dipertandingan iaitu Bola Keranjang, Badminton (Solo & Double), Pingpong, Futsal, Bola Jaring dan Frisbee.
Secara keseluruhannya program tersebut telah berjaya mencapai objektif bagi menggalakkan budaya bersukan dikalangan rakyat Malaysia disamping memupuk semangat kerjasama dan setiakawan.