Kolokium Pasca Siswazah anjuran Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia di Ireland atau ‘Malaysian Postgraduate Students in Ireland’ (MyPSI) telah dilaksanakan pada 11 Februari 2011, bertempat di Malaysia Hall, Dublin dan telah disempurnakan perasmian pembukaannya oleh TYT Dato’ Ramli Naam, Duta Besar Malaysia ke Ireland.
Antara objektif-objektif kolokium tersebut adalah memberi ruang dan peluang kepada semua ahli MyPSI untuk berjumpa dan berkongsi ilmu serta pengalaman, berkongsi nasihat serta panduan dan bertukar-tukar pendapat dan idea dalam semua aspek pembelajaran, membincangkan masalah-masalah dalam penyediaan tesis dan kaedah mengatasi masalah-masalah tersebut serta mengukuhkan silaturrahim antara ahli.
Aktiviti kolokium yang bersifat ilmiah merangkumi pembentangan kertas penyelidikan serta perkongsian ilmu dan kemahiran dalam penyediaan penulisan dan penerbitan. Jumlah ahli yang hadir ialah 43 orang. Terdapat juga aktiviti sampingan yang lain yang diadakan iaitu masjlis tahlil dan doa selamat, yang disempurnakan di akhir kolokium.
in pictures.....
| Remarks by Mr. Som Pong, President of MyPSI
|
Opening remarks by H.E. Dato’ Ramli Naam
|
| Presentation by PhD student
|
| Presentation by PhD student
|
| Presentation by PhD student
|
| The audience
|
| The audience |