YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan serta delegasi telah mengadakan lawatan kerja selama dua (2) hari ke Dublin iaitu pada 22 hingga 23 Februari 2014. Lawatan singkat ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke United Kingdom dan Ireland. Satu majlis makan malam dan ramah mesra telah diadakan di Malaysia Hall yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Dublin. Pengisian program ini adalah bagi membincangkan dan menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan serta isu-isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia termasuk isu politik, ekonomi dan sosial.